MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI SABAH 

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI SABAH 

TAWAU, 10 September 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung hari ini di Dewan Persidangan, Majlis Perbandaran Tawau. 

Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah akan berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 11 Oktober 2025. Antara pengisian program ikonik Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Sabah diantaranya Senamrobik, Larian Ria Madani, Berjalan Ria Madani dan Kayuhan Madani.    

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Adanan @ Adnan bin Atin, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah.

Turut hadir, YBhg. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, YBhg. Encik Pang Pick Lim @ Joseph, Presiden Majlis Perbandaran Tawau dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Tawau dalam Jawatankuasa Pelaksana HSN2025 Sabah.  

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#jbsnsabah
#KBSSabah
#MalaysiaMadani
#SabahMajuJaya

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 16-10-2025, 16:56:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search