KEM BELIA@ RAKAN PRIHATIN TARIK MINAT PESERTA SERTAI PROGRAM JABATAN

KEM BELIA@ RAKAN PRIHATIN TARIK MINAT PESERTA SERTAI PROGRAM JABATAN

7 September 2025, PUTATAN - Kem Belia @ Rakan Prihatin Bahagian Pantai Barat Tahun 2025 telah dirasmikan oleh Tuan Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah hari ini.

Program yang dilaksanakan 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 22 peserta lelaki dan 26 peserta perempuan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Antara objektif program ini adalah untuk melahirkan belia yang berfikiran kritis, kreatif dan berjiwa besar serta berbakti kepada komuniti dan serta emupuk nilai-nilai murni dalam kalangan belia selaras matlamat pembangunan belia positif (8C).

Terdapat beberapa agensi terlibat dalam pelaksanaan program ini antaranya IPSAS, UPM, Bahagian E8, IPK Kota Kinabalu, AADK Kota Kinabalu, NCEMH, Kementerian Kesihatan Malaysia, Lok Kawi Wildlife Park, Kelab Anak Muda Progresif Taman Kingfisher dan Beverly Hill.

Turut hadir Puan Nur Viva Farah Syuhada binti Akun, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

#TeamJBSN
#teamjbssabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search