KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH 2025

KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH 2025

KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH 2025

KOTA KINABALU, 24 Ogos 2025 – Seramai 50 orang pelajar sekola sekitar kawasan Pedalaman Bawah telah menyertai Kem Belia @ Rakan Prihatin yang berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 Ogos 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Putatan.

Program ini bertujuan memperkasakan jati diri, semangat kesukarelawanan dan kepimpinan dalam kalangan  pelajar sekolah. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk bengkel motivasi, latihan kecergasan, program khidmat masyarakat serta forum belia bersama agensi kerajaan seperti Cawangan Khas E8 PDRM, Kementerian Kesihatan, AADK dan IPSAS.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah bagi pembangunan dan pemerkasaan indentiti sosial belia serta pengurangan keterlibatan belia dalam gejala sosial.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS Sabah mewakili Pengarah JBS Sabah.

Peserta juga menyatakan rasa teruja dan berterima kasih atas penganjuran program sebegini yang memberi ruang untuk mereka berinteraksi dan menimba pengalaman baharu.

Turut bersama dalam majlis ini ialah Encik Mohd Raiful bin Madarun, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pedalaman Bawah.

 

Oleh :
Mohamad safwan bin Ibrahim
JBSN Sabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search