
Warga Baharu JBS(P) Sabah - Selamat Datang En. Fekri
Kota Kinabalu, 3 Julai 2025 – Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah menerima kehadiran warga baharu iaitu Encik Fekri Bin Asmad, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N2 (TBK1) yang bertukar dari IPD Kudat.
Beliau telah melapor diri kepada Pengarah JBS(P) Sabah, Encik Apui Jan, dan akan menggantikan Encik Mohammad Ghazali Bin Mohd Tamin.
Warga JBS(P) Sabah mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Encik Fekri. Semoga terus cemerlang dalam menyumbang khidmat di jabatan ini.
Disediakan oleh : Unit Pentadbiran