
- JBS Sabah
- Hits: 43
π£ππ¦ππ₯π§π ππ¦πππ‘ π¬π’π¨π§π π©π’ππ¨π‘π§πππ₯ π§πππ ππ π¦ππππ
- JBS Sabah
- Hits: 43
PESERTA ASEAN YOUTH VOLUNTEER TIBA DI SABAHΒ
13 JULAI 2025, KOTA KINABALU -Β Seramai 25 orang peserta program ASEAN Youth Volunteer (AYV) 2025 selamat tiba di Sabah hari ini bagi menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan belia yang dijadual berlangsung selama 1 minggu di Kg. Kobuni, Inanam.
Β Peserta dari 10 negara anggota ASEAN itu disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Β Program AYV kali ini memberi tumpuan kepada pembangunan komuniti mampan dan pemuliharaan alam sekitar, dengan beberapa aktiviti utama dijadualkan di kawasan luar bandar termasuk lawatan ke kampung angkat dan kerja-kerja sukarelawan bersama masyarakat setempat.
Β Turut bersama dalam majlis ringkas menyambut ketibaan para peserta ini ialah YBrs. Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Muβazamir bin Hj Jili, Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi, BPRM, Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN dan Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah, JBS Sabah serta sukarelawan MyCorp Sabah.
Β Program sebegini dapat merapatkan hubungan antara generasi muda rantau ini serta membina jaringan belia yang aktif dan berdaya saing.