
FIESTA RAKAN MUDA BERSAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
11 Julai 2025, Likas- Sesi Libat Urus Pelaksanaan Fiesta Rakan Muda Peringkat Bahagian dan Negeri Sabah telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Simpang Mengayau, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Sesi libat urus diadakan secara hybrid diantara Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Sesi dimulai dengan ucapan oleh Puan Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, manakala perbincangan diketuai oleh Tuan Mejar Mohd Rizal bin Ramelin, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Aktiviti pengisian dalam Fiesta Rakan Muda adalah pertandingan kawad kaki (Rakan Mahir), Doodle Art (Rakan Ekspresi) dan Inovasi Recycle (Rakan Bumi).
Sesi Libat Urus telah disertai oleh Pegawai-pegawai pendidikan Daerah yang terpilih dan Pegawai-pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Negeri Sabah.
Disediakan oleh :
Bahagian Pembangunan Rakan Muda