PROGRAM LITERASI KEWANGAN BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH (SIRI 1) 2025

PROGRAM LITERASI KEWANGAN BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH (SIRI 1) 2025

PROGRAM LITERASI KEWANGAN BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH (SIRI 1) 2025

KUALA PENYU – Program Literasi Kewangan Belia (Siri 1) Peringkat Negeri Sabah telah berjaya dianjurkan hari ini bertempat di SMK Kuala Penyu.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan golongan muda mengenai pengurusan kewangan yang bijak, termasuk tabungan, pelaburan serta pengurusan hutang.

Antara pengisian utama ialah ceramah oleh wakil Bank Negara Malaysia, sesi interaktif bersama agensi kewangan, serta bengkel praktikal yang memberi panduan langkah demi langkah dalam merancang kewangan peribadi.

Turut bersama dalam program ini ialah Encik Mohd Raiful bin Madarun, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pedalaman Bawah.

 

 

Oleh :
Zazali Zahari
PBSB Beaufort

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-10-2025, 07:23:45

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search