
- JBS Sabah
- Hits: 31
KLINIK PENGENALAN SUKAN BAHARU FLAG FOOTBALL PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
- JBS Sabah
- Hits: 31
KLINIK PENGENALAN SUKAN BAHARU FLAG FOOTBALL PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
KOTA KINABALU, 02 Ogos 2025 - Klinik Pengenalan Sukan Baharu Flag Football Peringkat Negeri Sabah berlangsung di Padang Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya, Kota Kinabalu.
Klinik sehari ini dikendalikan oleh jurulatih profesional daripada Malaysia American Football Association (MAFA) yang berpengalaman dalam melatih serta membimbing pemain-pemain baharu.
Sepanjang program, peserta didedahkan asas mengenai sukan Flag Football termasuk teknik permainan, peraturan, keselamatan serta strategi asas dalam permainan tanpa sentuhan fizikal (non-contact).
Majlis penyampaian sijil disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Rizuan bin And Majid, Pegawai Rekreasi Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#jbsnsabah
#KBSSabah
#MalaysiaMadani