
- JBS Sabah
- Hits: 19
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN ATAS 2025
- JBS Sabah
- Hits: 19
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN ATAS 2025
KENINGAU - Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Pedalaman Atas telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pampang, Majlis Daerah Keningau. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Tuan Peter Jonu Moinjil selaku Pegawai Daerah Keningau merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Pedalaman Atas bagi Penggal - 35 ,Sesi 2025-2026.
Majlis yang menjadi platform untuk golongan belia menyuarakan tentang idea dan cadangan dalam memperkasakan belia telah berjaya mengumpulkan sebanyak 19 Usul semasa persidangan berlangsung. Kehadiran seramai 52 orang yang terdiri daripada pertubuhan belia, IPTA, badan beruniform serta wakil agensi kerajaan negeri dan persekutuan membuktikan belia khususnya di Pedalaman Atas sentiasa memberikan komitmen yang penuh demi pembangunan sahsiah dan ekonomi belia pada masa akan datang.
Majlis ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama Pejabat Daerah Keningau, Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah Pedalaman Atas dan juga Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Atas.
Oleh :
Muhamad Khaled bin Januil
PBSB Keningau