LAWATAN PROJEK AGROBELIA LESTARI
KOTA KINABALU, 27 OKTOBER 2025 - Satu lawatan rasmi ke Projek Agrobelia Lestari : Fertigasi Cili telah diadakan bagi meninjau perkembangan pelaksanaan program serta kejayaan usahawan belia dalam bidang pertanian moden yang dikelolakan oleh Kelab Belia Anak Muda Progresif Beverly Hills.
Lawatan ini disertai oleh Puan Steffi Sanoy Bernard J. Dalinting, Pegawai Pertanian Daerah Penampang/Kota Kinabalu
Projek ini merupakan inisiatif di bawah program Agrobelia Lestari, yang bertujuan menarik minat golongan belia untuk menceburi bidang pertanian berteknologi tinggi melalui penggunaan sistem fertigasi. Sistem ini membolehkan pengeluaran cili berkualiti tinggi dengan penggunaan air dan baja yang lebih efisien serta mesra alam.
Turut bersama dalam lawatan ini ialah Puan Dayangku Rahimah bt Pg Hassan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pantai Barat, Puan Melda Ariff dan Encik Yum Maren bin Basri, Pegawai Unit Pembangunan Ekonomi JBS Sabah dan Puan Arifah bt Ismail mewakili kelab.
Program seperti ini diharap dapat memperkukuh usaha kerajaan dalam memperkasa sektor agrobelia dan meningkatkan keterjaminan makanan negara melalui pendekatan lestari dan inovatif.
#TeamJBSN
#jbsnsabah
