GENTA PEMERKASAAN EKONOMI BELIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
SANDAKAN, 1 NOVEMBER 2025 - Program Genta Pemerkasaan Ekonomi Belia peringkat Negeri Sabah hari ini berlangsung dengan meriah di Kompleks Sukan Sandakan menghimpunkan ratusan belia dari pelbagai bagi memperkukuh peranan mereka dalam pembangunan ekonomi negeri.
Objektif utama pelaksanaan program ini adalah bagi memberi pendedahan kepada belia untuk mendapatkan maklumat berkaitan inisiatif pemerkasaan ekonomi yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta meningkatkan penglibatan belia dalam aktiviti ekonomi dan meningkatkan keupayaan daya saing belia.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana binti Perian, Ahli Dewan Negara.
Program ini menampilkan pelbagai Pameran Agensi, Perkongsian Ilmu, Pameran Local Brand, Jualan Fama dan Pertanian, Khidmat Mobile KWSP dan JPJ, Pertandingan Mewarna dan banyak lagi.
Inisiatif ini dijangka dapat memperluas peluang pekerjaan, meningkatkan daya saing belia serta memperkukuh ekonomi komuniti di seluruh Sabah.
Turut bersama dalam majlis perasmian ialah YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah, YBhg. Datin Kaliah Asing, Wakil Pengurus Kompleks Sukan Sandakan, Encik Mohd Syahrin bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sandakan dan Encik Roland Henry Lindan, Pegawai Pengelola KBSS Bahagian Sandakan.
Program Genta Pemerkasaan Ekonomi Belia akan diteruskan lagi bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh belia di seluruh negeri.
#TeamJBSN
#jbssabah
