- JBS Sabah
- Hits: 24
PROGRAM REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI SABAH : JANA PENDAPATAN EKONOMI DIGITAL (KUASAI DIGITAL E- BEBAS)
- JBS Sabah
- Hits: 24
PROGRAM REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI SABAH : JANA PENDAPATAN EKONOMI DIGITAL (KUASAI DIGITAL E- BEBAS)
TUARAN, 5 November 2025 - Program Reben Kuning meneruskan inisiatif pemerkasaan kepada ODS di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Tuaran melalui slot “Jana Pendapatan Ekonomi Digital: Kuasai Digital e-Bebas”, yang bertujuan membuka peluang baharu dalam sektor ekonomi digital.
Program ini memberi tumpuan kepada latihan kemahiran digital seperti pemasaran dalam talian, e-dagang, reka bentuk grafik, dan keusahawanan digital. Usaha ini dijalankan dengan kerjasama Encik Khairil Izwan bin Jamros, Founder Khaiz Empire (Peneraju Pemasaran Digital Sabah) bagi membantu peserta menjana pendapatan secara sah dan berdaya saing dalam ekonomi moden.
Turut bersama dalam program ini ialah Puan Melda Ariff dan Encik Yum Maren Basri, Pegawai Unit Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Sabah.
#TeamJBSN
#jbssabah
