- JBS Sabah
- Hits: 17
SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH TIBA DI PENGHUJUNG
- JBS Sabah
- Hits: 17
SENAMAN WARGA EMAS AKTIF PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH TIBA DI PENGHUJUNG
KUALA PENYU , 1 November 2025,- Senaman Warga Emas Aktif telah tiba ke penghujungnya. Seramai 45 peserta hadir dan turut bersama-sama memeriahkan siri akhir Program Senaman Warga Emas Aktif yang telah dilaksanakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Penyu.
Program senaman yang telah dikendalikan oleh Persatuan Sukan Kecergasan Daerah Beaufort ini telah dilaksanakan sebanyak 10 siri. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang 10 siri yang melibatkan senaman aerobik, aerobik kerusi, saringan kesihatan dan ceramah kesihatan.
Pada siri akhir ini, Pejabat Pergigian Daerah Kuala Penyu juga turut terlibat membuka booth pameran gigi dan juga mengadakan ceramah mengenai penjagaan gigi.
Majlis Penutupan Program Senaman Warga Emas Aktif Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah 2025 ini telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pedalaman Bawah, Encik Zazali Zahari dengan dihadiri oleh Pengerusi PAWE Pn. Winnie binti Skijip.
