𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜-𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗕 𝗠𝗢𝗥𝗗𝗜 𝗕𝗜𝗠𝗢𝗟, 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜-𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗕 𝗠𝗢𝗥𝗗𝗜 𝗕𝗜𝗠𝗢𝗟, 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜-𝗦𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗗𝗨𝗟𝗨 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗬𝗕 𝗠𝗢𝗥𝗗𝗜 𝗕𝗜𝗠𝗢𝗟, 𝗧𝗜𝗠𝗕𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
 
SEPANGGAR, 31 Januari 2026 - Kg Dato, Tebobon dimeriahkan dengan suasana santai apabila penduduk setempat berpeluang meluangkan masa bersama YB Mordi Bimol. Program ringkas ini menjadi ruang mesra untuk beramah tamah, bertukar pandangan dan mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat.

Dalam suasana penuh kekeluargaan, YB Mordi Bimol turut mendengar pandangan serta aspirasi penduduk kampung sambil menikmati aktiviti santai bersama. Kehadiran beliau disambut baik oleh warga Kg Dato Tebobon yang menghargai pendekatan dekat dengan rakyat.
Turut bersama dalam program ini ialah YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak) merangkap Ahli Parlimen P171 Sepanggar dan YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.

Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan sebagai jambatan komunikasi yang berkesan, selain memupuk semangat kebersamaan dalam komuniti setempat agar maklumat dapat disampaikan secara terus kepada akar umbi dan sebarang isu permasalahan dapat dikongsikan terus agar dapat diikhtiarkan solusinya.

#JBSNKomited
#jbsnsabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search