MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA PEDALAMAN ATAS
PAGALUNGAN, 9 Mac 2026 – Seramai 20 orang Sukarelawan Rakan Muda dan Kelab Rakan Muda Pensiangan (penaja) telah digerakkan bagi membantu membersihkan Surau Al-Hidayah Kampung Tinanduk, Pagalungan yang telah dilanda banjir baru-baru ini.
Program dengan kerjasama JAKIM Sabah dan penduduk Kampung Tinanduk ini dimulakan pada jam 2.30 petang dengan aktiviti membersihkan lumpur di dalam dan luar surau. Iftar beramai-ramai juga diadakan bagi menghargai semangat kerjasama antara semua pihak terutama di dalam Bulan Ramadan.
#rakanmuda
#RakanPrihatin
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
