MESYUARAT JAWATANKUASA PELULUS DANA SUKAN KOMUNITI JENDELA 2/ 2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PELULUS DANA SUKAN KOMUNITI JENDELA 2/ 2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PELULUS DANA SUKAN KOMUNITI JENDELA 2/ 2026 

10 Mac 2026, PUTATAN - Mesyuarat Jawatankuasa Pelulus Dana Sukan Komuniti Jendela 2/2026 Peringkat Negeri Sabah telah diadakan bagi meneliti serta meluluskan permohonan dana bagi pelaksanaan program sukan komuniti di negeri ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah. Perbincangan tertumpu kepada penilaian cadangan program yang dikemukakan oleh pertubuhan dan komuniti setempat bagi memastikan pelaksanaannya selaras dengan objektif pembangunan sukan komuniti.

Melalui mesyuarat ini, beberapa permohonan dana telah dipertimbangkan dan diluluskan bagi menyokong pelaksanaan aktiviti sukan yang mampu menggalakkan gaya hidup sihat, memperkukuh perpaduan komuniti serta meningkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sukan di seluruh negeri Sabah.

Penganjuran program sukan komuniti melalui dana ini diharapkan dapat terus memperkasa pembangunan sukan di peringkat akar umbi serta memberi manfaat kepada masyarakat setempat. 


Oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBSN Sabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-07-2026, 11:17:31

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search