- JBS Sabah
- Hits: 8
KUNJUNG HORMAT MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA KEPADA KETUA MENTERI SABAH PERKUKUH AGENDA BELIA DAN SUKAN
- JBS Sabah
- Hits: 8
KUNJUNG HORMAT MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA KEPADA KETUA MENTERI SABAH PERKUKUH AGENDA BELIA DAN SUKAN
KOTA KINABALU, 08 Mei 2026 – YB Dr. Taufiq Johari mengadakan kunjungan hormat kepada YAB DSP Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bertempat di Menara Kinabalu hari ini.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra itu memberi fokus kepada usaha memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya dalam memperkasa pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
Kunjungan hormat itu mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan agenda pembangunan belia dan sukan terus menjadi keutamaan demi kesejahteraan generasi muda.
Hadir sama dalam kunjungan hormat ini ialah YB Datuk Hj. Nizam DSP Hj. Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (MYSpaCE), YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap MYSpaCE, YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah, YBrs. Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah dan Encik Mohd Nurhilmie bin Milus, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia.
Oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBSN Sabah
