PROGRAM B-BEST 2026 SANTUNI BELIA TAHFIZ DAN LUAR BANDAR

PROGRAM B-BEST 2026 SANTUNI BELIA TAHFIZ DAN LUAR BANDAR

PROGRAM B-BEST 2026 SANTUNI BELIA TAHFIZ DAN LUAR BANDAR

KINARUT, 05 Mei 2026 - Satu sesi perbincangan strategik bagi merangka pelaksanaan Program Keusahawanan Belia Bestari (B-BEST) Tahun 2026 Peringkat Negeri Sabah telah diadakan bersama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut.

Perbincangan ini memberi fokus kepada kerjasama JBS Sabah dan IKBN Kinarut dalam pelaksanaan program B-BEST pada 19 hingga 21 Jun 2026 bertempat di Kompleks Sukan Tawau melibatkan Belia Tahfiz dan Belia Luar Bandar.

IKBN Kinarut berperanan sebagai tenaga pengajar bidang latihan kemahiran kepada peserta yang terlibat berdasarkan kecenderungan serta minat komuniti belia dan berpotensi mewujudkan peluang penciptaan pekerjaan dan mampu menjana pendapatan.

Perbincangan ini dihadiri oleh YBrs. Puan Zuarini binti Jumai, Pengarah IKBN Kinarut, YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah, Pegawai Unit Pembangunan Ekonomi, BPB JBS Sabah dan wakil tenaga pengajar IKBN Kinarut.

 

Oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBSN Sabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search