KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT TUAN RUMAH SEMARAK BELIA @ HBN 2026

KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT TUAN RUMAH SEMARAK BELIA @ HBN 2026

KOLEJ VOKASIONAL BEAUFORT TUAN RUMAH SEMARAK BELIA @ HBN 2026

BEAUFORT, 06 MEI 2026 - Satu mesyuarat penyelarasan pelaksanaan Semarak Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah telah diadakan di Bilik Muafakat, Kolej Vokasional Beaufort bertujuan untuk menyelaras pengisian program serta memastikan kelancaran sambutan yang bakal melibatkan belia dari daerah- daerah di bawah pentadbiran Pedalaman Bawah.

Mesyuarat ini dihadiri oleh semua jawatankuasa yang telah dilantik bagi memperhalusi agihan tugas masing-masing seperti teknikal, protokol, pengisian aktiviti dan lain-lagi.

Menerusi penganjuran Semarak Belia @ HBN ini diharap dapat menyuntik semangat dalam kalangan belia di sekitar daerah Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Membakut.

Pengukuhan aspek komunikasi antara semua jawatankuasa pelaksana diharap dapat memastikan objektif penganjuran Semarak Belia @ HBN Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah tercapai.

 

Oleh :
Zazali Zahari
PBSB Beaufort

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-07-2026, 11:17:31

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search