- JBS Sabah
- Hits: 39
MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA MULAKAN LAWATAN RASMI KE SABAH
- JBS Sabah
- Hits: 39
MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA MULAKAN LAWATAN RASMI KE SABAH
KOTA KINABALU, 07 Mei 2026 - YB Dr. Taufiq Johari hari ini memulakan lawatan rasmi ke negeri Sabah bagi meninjau perkembangan program pembangunan belia dan sukan serta memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Ketibaan YB Dr. Taufiq Johari disambut mesra oleh YB Datuk Hj. Nizam DSP Hj. Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan & Ekonomi Kreatif di Bilik Sipadan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Dalam pertemuan yang ringkas dan santai ini, kedua-dua pihak sempat bertukar-tukar idea berkaitan pembangunan belia dan sukan di peringkat negeri dan persekutuan. Kedua-dua pihak berharap agar hubungan kerjasama antara negeri dan persekutuan terus diperkukuhkan.
Hadir sama, YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap KBSK dan YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah, JBS Sabah.
Oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBSN Sabah
