SEMARAK BELIA @ HBN 2026 PEDALAMAN BAWAH MERIAH 

SEMARAK BELIA @ HBN 2026 PEDALAMAN BAWAH MERIAH 

SEMARAK BELIA @ HBN 2026 PEDALAMAN BAWAH MERIAH 

BEAUFORT, 09 Mei 2026 - Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah berlangsung dengan penuh meriah bertempat di Dewan TVET Kolej Vokasional Beaufort dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Matbali bin Musah,  Ahli Parlimen P.178 Sipitang.

Program ini menjadi platform penting dalam menghimpunkan belia dan komuniti setempat untuk menyemarakkan sambutan HBN 2026 serta mengeratkan perpaduan, memupuk semangat kesukarelawanan, menyerlahkan bakat dan potensi anak muda di kawasan pedalaman bawah.

Antara aktiviti yang telah diadakan termasuklah persembahan busking, ceramah berkaitan latihan dan peluang pendidikan, pameran agensi dan gerai usahawan belia.

“MENGGERAK BELIA”

 

Oleh :
Zazali Zahari
PBSB Beaufort

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-07-2026, 08:35:10

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search