PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH 2025

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH 2025

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH 2025

BEAUFORT, 11 Oktober 2025 – Suasana Dataran Bagandang Beaufort hari meriah dengan kehadiran 4,000 peserta dalam Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Beaufort.  

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pedalaman Bawah bersama pelbagai rakan strategik agensi dan kelab/persatuan sukan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Pengerusi Lembaga Pengarah RISDA Semaian & Landskap Sdn. Bhd merangkap Ahli Parlimen P.177 Beaufort.  

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang hari, termasuk Senamrobik, Larian Madani, Berjalan Madani, Kayuhan Madani, serta pertandingan sukan seperti bola jaring, bola tampar campuran, bola sepak bawah 12 tahun, gusti lengan, e-sukan, sukan OKU PDK dan sukaneka perpaduan.   

Pengunjung turut dimeriahkan dengan pertandingan sukan tradisi melastik, cabutan bertuah, jualan Rahmah, pameran kereta (Car Show Off Meet Up), serta aktiviti kesihatan seperti derma darah, saringan kesihatan, dan ujian kecergasan, Aerofithon dan juga Fitness Challenge.

#HariSukanNegara2025
#HSN2025
#BeaufortAktif
#SukanSatukanKita
#MalaysiaMADANI
#DataranBagandang
#BeliaDanSukanBeaufort
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search