SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN KUDAT MERIAH
KOTA BELUD, 11 Oktober 2025 - Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Kudat disambut meriah dengan penyertaan kira-kira 2500 orang. Sambutan Hari Sukan Peringkat Bahagian Pantai Barat Utara ini telah dilaksanakan di Kompleks Sukan Kota Belud.
Beberapa aktiviti telah dijalanakan bagi memeriahkan sambutan tersebut antaranya ialah Larian Ria Madani, Berjalan Madani, Kayuhan Madani, Senamrobik, Pertandingan Memanah, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Catur, Sukaneka, Pameran, Jualan Rahmah, Sukaneka dan Demo wajadiri.
Program ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Puan Winnie Anggon, Penolong Pegawai Daerah Kota Belud. Turut hadir Puan Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Kudat.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian PBU khususnya Daerah Kota Belud yang menjadi tuan rumah bagi pelaksanaan pada kali ini.
Disediakan oleh:
Jafrin Nordin
PBSB Kudat
