- JBS Sabah
- Hits: 30
PROGRAM KEWANGAN “DO IT SMART” PERKASA PELAKSANAAN PROJEK REBEN KUNING
- JBS Sabah
- Hits: 30
PROGRAM KEWANGAN “DO IT SMART” PERKASA PELAKSANAAN PROJEK REBEN KUNING
TUARAN, 15 Oktober 2025 – Program kewangan Do It Smart telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada inisiatif sokongan kewangan dalam pelaksanaan Projek Reben Kuning yang bertujuan membantu bekas ODS kembali ke pangkuan masyarakat.
Program ini memberi fokus kepada pengurusan kewangan bijak, literasi kewangan, serta perancangan ekonomi jangka panjang kepada peserta program, khususnya dalam kalangan bekas ODS yang ingin memulakan kehidupan baharu secara berdikari.
Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran kewangan peserta, malah menyokong matlamat utama Projek Reben Kuning untuk mengurangkan kadar pengulangan jenayah dan meningkatkan peluang pekerjaan serta keusahawanan.
Slot ini telah disampaikan oleh Encik Wellmexsion Marayal dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Sabah kepada peserta Projek Reben Kuning di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Tuaran.
Turut bersama ialan Puan Melda Ariff, Pegawai Pembangunan Ekonomi, Unit Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, JBS Sabah.
Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBSN Sabah
