KURSUS PEMBINAAN PASUKAN PERINGKAT NEGERI SABAH
SANDAKAN, 23 Oktober 2025 – Kursus Pembinaan Pasukan (APBM Youth Dynamic Team) Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Scout Nature Park, Sandakan bermula 20 hingga 23 Oktober 2025.
Program anjuran Akademi Pembangunan Belia Negara (APBM) Port Dickson ini bertujuan memperkukuh semangat kerjasama, komunikasi, dan kepimpinan dalam kalangan belia di negeri ini.
Seramai 35 orang peserta daripada Politeknik Sandakan, Kolej Komuniti Sandakan dan Giatmara Sandakan telah menyertai kursus berkenaan.
Sepanjang program, peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti luar dan latihan berpasukan yang menekankan nilai integriti, kepercayaan, serta keupayaan membuat keputusan dalam kumpulan.
Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBSN Sabah
