PERTANDINGAN AEROBIC DANCE PERINGKAT NEGERI SABAH 2025
KOTA KINABALU, 18 Oktober 2025 – Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA) dan Persatuan Sukan Kecergasan Daerah Sipitang telah menganjurkan Pertandingan Aerobik Dance Peringkat Negeri Sabah bertempat di Palm Square, Centre Point Sabah.
Sebanyak 10 pasukan menyertai pertandingan ini yang melibatkan dua kategori : Kategori Remaja ( 17 Tahun ke bawah) dan Kategori Dewasa ( 18 Tahun ke atas).
Pasukan UMS FUNZ CREW dari Universiti Malaysia Sabah muncul juara bagi kategori dewasa manakala Pasukan SEKAURA dari Sk.Kauluan, Kundasang muncul juara bagi kategori remaja.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBhg. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah. Turut hadir YBrs. Encik Fedrius bin Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Disediakan Oleh:
Unit Kecergasan, Bahagian Pembangunan Sukan
Jabatan Belia dan Sukan persekutuan Negeri Sabah
