12gig.com BUKA RUANG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEPADA BELIA SABAH

12gig.com BUKA RUANG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEPADA BELIA SABAH

12gig.com BUKA RUANG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEPADA BELIA SABAH

KOTA KINABALU, 14 Oktober 2025 - Satu kunjung hormat 12gig.com kepada JBS Sabah telah berlansung hari ini.

12gig.com merupakan sebuah platform digital berasaskan ekonomi gig yang dibangunkan khusus untuk memberi peluang kepada belia serta usahawan mikro di Sabah menjana pendapatan melalui perkhidmatan profesional dan perkhidmatan komuniti.

Cadangan kerjasama strategik antara 12gig.com dan JBS Sabah ini diharap dapat membuka ruang pembangunan kemahiran, peluang pekerjaan dan jaringan ekonomi digital kepada belia negeri ini.

Rombongan 12gig.com diketuai oleh Encik Mohd Redzuan Hiew bin Mohd Daud disambut mesra oleh YBrs. Encik Noorman bin Ramlan, Timbalan Pengarah JBS Sabah.

Turut bersama dalam perjumpaan ini ialah Pegawai Unit Pembangunan Ekonomi dan Unit Pembangunan Kemahiran, Bahagian Pembangunan Belia , JBS Sabah.

 

Oleh :
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBSN Sabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search