HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN ATAS 2025

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN ATAS 2025

HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PEDALAMAN ATAS 2025

TENOM, 11 Oktober 2025 – Suasana di Kompleks Sukan Tenom hari ini meriah dengan kehadiran melebihi 4,000 peserta telah membanjiri lokasi sempena Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Pedalaman Atas yang penuh warna-warni dan kemeriahan.  
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau bersama pelbagai rakan strategik agensi dan kelab/persatuan sukan ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Marcelus Joannes, Penolong Pegawai Daerah Tenom.  
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti Senamrobik, Larian Madani, Berjalan Madani, Kayuhan Madani, pertandingan mewarna kanak-kanak, klinik asas renang kanak-kanak, pertandingan memanah tradisional, pertandingan sligshoot, e-sport, sukaneka KRT, pemeriksaan kesihatan, derma darah, jualan rahmah, sport bazaar dan pelbagai lagi.   

Hari Sukan Negara 2025 di Tenom bukan sekadar tentang berpeluh dan bersaing, tetapi juga tentang mengukuhkan semangat MADANI – perpaduan, gaya hidup sihat, dan komuniti sejahtera.

#HariSukanNegara2025
#HSN2025
#tenomonsoi
#SukanSatukanKita
#MalaysiaMADANI
#komplekssukantenom #BeliaDanSukankeningau
#HSN2025
#tenomsabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search