JBS PERAK TERIMA JEMPUTAN SANTUNI PROGRAM KEM KONTINJEN PARA SUKMA JBS MELAKA
GOPENG, 3 Februari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menerima jemputan bagi menyantuni Program Kem Kontinjen Para SUKMA Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka yang diadakan di Himalaya Camp, Gopeng.
Program yang bertujuan memperkukuh semangat setiakawan antara warga kerja JBS negeri-negeri ini menampilkan pelbagai aktiviti berasaskan kecergasan dan pembinaan pasukan, antaranya aktiviti White Water Rafting yang dijalankan di Sungai Kampar.
Seramai enam (6) orang pegawai JBS Perak telah hadir bagi memenuhi jemputan tersebut sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif memperkukuh hubungan strategik antara jabatan negeri serta memperluas jaringan kerjasama dalam pembangunan sukan, khususnya bagi atlet Para SUKMA. Turut hadir Timbalan Pengarah Belia; En Mohd Hafeez Hussein dan Penolong Pengarah Kanan Sukan; En Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh.
JBS Perak turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada JBS Melaka terutamanya Tuan Pengarah; En Zailani Siran atas jemputan serta layanan mesra sepanjang program berlangsung. Hubungan erat ini diharap dapat diteruskan melalui lebih banyak program kolaborasi pada masa akan datang. Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PERAK SERTAI STATE LEADERSHIP RETREAT (SLR) NEGERI PERAK 2026
MELAKA, 6 Februari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak (JBS Perak) telah menyertai State Leadership Retreat (SLR) Negeri Perak 2026, program strategik kepimpinan kerajaan negeri yang berlangsung dari 4 hingga 6 Februari 2026 bertempat di Birkin International Hotel, Pantai Klebang, Melaka. Program anjuran Kerajaan Negeri Perak ini menghimpunkan kepimpinan tertinggi jabatan dan agensi kerajaan negeri bagi membincangkan pelan strategik pembangunan, penilaian dasar serta penyelarasan pelaksanaan agenda negeri menuju aspirasi Perak Sejahtera 2030.
JBS Perak diwakili oleh Timbalan Pengarah, Encik Mohd Hafeez bin Hussein dan Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh. Jabatan ini ditempatkan di bawah Kluster 6: Modal Insan dan STI (Sains, Teknologi dan Inovasi) yang menumpukan perbincangan terhadap pembangunan bakat belia, pengukuhan keusahawanan sosial serta penerapan elemen inovasi dalam pembangunan modal insan negeri.
Hari terakhir program diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, yang menyampaikan amanat dan rumusan penting terhadap hala tuju pelaksanaan Pelan Perak Sejahtera 2030. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara jabatan dan agensi bagi memastikan setiap inisiatif pembangunan negeri dilaksanakan secara efektif dan memberi impak langsung kepada rakyat.
Penyertaan JBS Perak dalam SLR 2026 menjadi platform penting untuk memperkukuh peranan jabatan dalam menyokong pembangunan modal insan negeri yang berdaya saing, progresif dan sejahtera menjelang tahun 2030.
MAJLIS LAFAZ IKRAR PERAKUAN AKTA RAHSIA RASMI JBSN PERAK BAGI TAHUN 2026
IPOH, 3 Februari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perak telah mengadakan Majlis Bacaan Ikrar dan menandatangan Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) bagi sesi tahun 2026 di Bilik Mesyuarat Utama JBS Negeri Perak. Majlis turut disertai oleh semua Pejabat Belia dan Sukan Daerah secara dalam talian. Majlis bacaan ikrar telah disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Belia), Encik Mohd Hafeez bin Hussein, manakala bacaan ikrar diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan JBS Negeri Perak, Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh. Semua pegawai dan kakitangan JBS Negeri Perak terlibat dalam menandatangan perakuan tersebut sebagai pembaharuan tahunan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), khususnya dalam menjaga kerahsiaan maklumat rasmi dan sulit daripada dibocorkan atau disalahgunakan termasuk melalui platform media sosial. #jbsnpk #jbsnegara #teamkbs #MalaysiaMadani
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyokong penganjuran program berasaskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Untuk itu, dana ini terbuka kepada kelab, persatuan, NGO, dan Sekretariat Rakan Muda IPT, dengan siling permohonan sehingga RM50,000 setiap program. Semua permohonan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kami mempelawa anda untuk mengambil peluang ini! Imbas kod QR di poster atau pergi ke pautan https://spsb.kbs.gov.my untuk memohon.
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk poster atau hubungi Sekretariat di talian 03-88713711/ 03-88713738
JBS PERAK TERIMA LAWATAN KERJA RASMI MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
IPOH, 28 Januari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Perak mencatat sejarah tersendiri apabila menerima Lawatan Kerja Rasmi YB Dr. Mohammed Taufik bin Johari, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang baru ke negeri Perak hari ini. Lawatan tersebut turut disertai Yang Berusaha Dato’ Dr. Ts. Nagulendran A/L Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS); Yang Berusaha Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara; serta barisan pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Program lawatan dimulakan dengan Taklimat Pengoperasian Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak oleh En.Mohd Hafeez Hussein, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak sebelum diteruskan dengan Majlis Ramah Mesra YB Menteri bersama pegawai dan kakitangan JBS Negeri Perak. Sesi Dialog Terbuka bersama YB Menteri dan Pengurusan Tertinggi KBS dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga jabatan bagi mengemukakan pelbagai cadangan dan pandangan. Antaranya termasuk cadangan agar kerjasama strategik antara Kementerian Belia dan Sukan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dimeterai melalui kaedah Memorandum Persefahaman (MoU) atau mekanisme bersesuaian. Usaha ini dilihat penting bagi memastikan pelaksanaan program belia, sukan dan Rakan Muda dapat melibatkan golongan sasar khususnya di peringkat sekolah. Selain itu, isu penambahan peruntukan yang bersesuaian dengan keluasan dan saiz lokaliti negeri Perak turut dikemukakan untuk pertimbangan YB Menteri. Cadangan penubuhan Kelab Rakan Muda di peringkat Parlimen juga dibincangkan sebagai inisiatif bagi menghidupkan kembali gerakan Rakan Muda agar menjadi fenomena dalam kalangan Gen Z masa kini. Dalam ucapannya, YB Menteri mengambil maklum semua isu dan cadangan yang dibangkitkan serta menyatakan komitmen untuk membawa hasrat akar umbi ini ke peringkat nasional bagi diteliti dan diselesaikan secara menyeluruh. Lawatan kerja ini seterusnya diteruskan ke Tapak Pembinaan Perak Youth Centre di Parlimen Tambun. YB Menteri diberikan taklimat pembangunan fasiliti tersebut oleh Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Beliau turut menzahirkan komitmen KBS dalam memastikan pelaksanaan projek ini berjalan lancar demi memperkasa pembangunan sukan dan belia selaras dengan aspirasi Belia MADANI di negeri Perak. Pembangunan Perak Youth Centre dijangka menjadi hab penyatuan komuniti belia melalui penganjuran pelbagai aktiviti dan acara sukan pada masa hadapan. Sebelum berlepas pulang ke Putrajaya, YB Menteri turut meluangkan masa menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada beberapa bekas atlet veteran yang mengalami komplikasi masalah kesihatan di kediaman masing-masing sekitar Bandaraya Ipoh. Lawatan di mulakan ke kediaman En. Ng Fook Huat, Atlet Wushu Sukan Asian, Beijing ( 1990) dikuti ke kediaman En.Masmudin Bin Rabien, Atlet Olahraga Asian Track & Field Singapura(1988) dan terakhir menziarahi En. Cheah Tong Kim , Atlet Renang Sukan Olimpik Tokyo(1964). Beliau menzahirkan perasaan simpati dan berharap semua atlet ini sentiasa diberikan kekuatan dalam menghadapi masalah kesihatan masing masing. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia atas kesudian meluangkan masa mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke negeri Perak. #jbsnpk #jbsnegara #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
HEBAHAN KAEDAH TEMPAHAN FASILITI KBS Makluman Kepada Semua Tempahan fasiliti/kemudahan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak menggunakan SISTEM TEMPAHAN FASILITI (STF) Kementerian Belia dan Sukan di pautan berikut:-* https://stf.kbs.gov.my *Nota: Untuk pengguna kali pertama, sila daftarkan diri anda sebelum menggunakan sistem tersebut dengan mengklik menu DAFTAR PENGGUNA.* JBS Negeri Perak mempunyai fasiliti/kemudahan di : 1) Kompleks Belia & Sukan Perak 2) Kompleks Sukan Tapah 3) Kompleks Sukan Komuniti Sungai Siput 4) Kompleks Rakan Muda Kampar 5) Kompleks Rakan Muda Larut Matang 6) Kompleks Sukan Gerik Boleh scan di QR tertera untuk maklumat lebih lengkap Hebahkan kepada kawan-kawan ya! #jbsnpk #jbsnegara #kbs #malaysiamadani
INSPIRE EKSPLORASI OKU KEBANGSAAN 2026: LANGKAWI JADI PENTAS PERKONGSIAN IDEA DAN INSPIRASI SUKAN INKLUSIF LANGKAWI, 21 Januari 2026 – Pantai Chenang, Langkawi menjadi lokasi inspirasi apabila Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menganjurkan Program Inspire Eksplorasi OKU Peringkat Kebangsaan 2026 yang menghimpunkan pegawai pembangunan sukan OKU dari seluruh negara. Program selama tiga hari ini melibatkan seramai 70 orang pegawai yang terdiri daripada Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Pegawai dan Penolong Pegawai Pembangunan Sukan OKU dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) seluruh Malaysia. Pelbagai pengisian menarik dilaksanakan antaranya taklimat perancangan program tahun 2026 bagi cawangan dan bahagian, post-mortem pelaksanaan program tahun 2025, serta aktiviti eksplorasi bersama penggerak OKU setempat yang menjadi platform perkongsian idea dan pengalaman lapangan bagi memperkukuh agenda pembangunan sukan inklusif. JBS Negeri Perak turut menyertai program ini dengan penyertaan Encik Mohd Syaiful Fahmi bin Mohd Salleh, Penolong Pengarah Kanan (Sukan), Encik Muhammad Badry bin Basir, Pegawai Pembangunan Sukan OKU, serta Encik Khuzainal bin Abdul Ghani, Penolong Pegawai Pembangunan Sukan OKU. Program Inspire Eksplorasi OKU ini bukan sahaja memperkukuh semangat kolaborasi antara pegawai pembangunan sukan seluruh negara, malah mencerminkan komitmen JBSN dalam memperkasa bidang sukan OKU sejajar dengan aspirasi pembangunan inklusif negara. #JBSPerak #JBSNKomited #PembangunanSukanOKU #InspireOKU #Langkawi2026
LAWATAN PENANDA ARAS DARI KOLEJ MATRIKULASI PERAK 20 JANUARI 2026 Satu sesi kunjung hormat telah berlangsung di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan menerima kehadiran Dr. Haris Hanafi bin Abdul Jalil, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar dan En. Azhani Husaif bin Saleh, Ketua Unit Kokurikulum bagi melihat fasiliti sukan yang berada di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak sekaligus membincangkan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan untuk pembangunan insaniah pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Perak. Lawatan ini juga membincangkan kaedah terbaik dalam gerak kerja di peringkat matrikulasi dalam memastikan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan dalam melahirkan belia yang holistik dan dinamik tercapai. Kunjungan ini disambut oleh En. Mohd Hafeez bin Hussein, Timbalan Pengarah (Belia) dan juga pegawai-pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. #TeamJBSPerak #JBSNegara #MalaysiaMADANI
BENGKEL LATIHAN PENGGUNAAN AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILLATOR (AED) PUTRAJAYA, 19 Januari 2026 – Satu Bengkel Latihan Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) telah dilaksanakan pada 19 Januari 2026 bertempat di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya. Bengkel ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai usaha meningkatkan tahap kesedaran serta kemahiran asas berkaitan pengendalian peralatan kecemasan dalam kalangan warga kerja. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan praktikal berkaitan penggunaan AED yang berfungsi sebagai alat bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan, khususnya kes serangan jantung secara tiba-tiba. Pelaksanaan bengkel ini juga selari dengan keperluan memperkukuh tahap kesiapsiagaan keselamatan di tempat kerja. Seramai empat orang pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menyertai bengkel ini iaitu Encik Sharil, Encik Rosnizam, Cik Siti Farhana dan Encik Safwan. Penglibatan pegawai ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada penyebaran ilmu dan kemahiran berkaitan penggunaan AED di peringkat jabatan. Untuk makluman, peralatan AED yang terlibat dalam latihan ini akan ditempatkan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak sebagai langkah proaktif meningkatkan aspek keselamatan dan kebajikan warga jabatan serta komuniti belia. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dalam memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan. #JBSPerak #JBSNKomited #aedtraining #AEDAwareness