- JBS Perak
- Hits: 141
PENYELARASAN PASCA BANJIR DAERAH HILIR PERAK BERSAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM HILIR PERAK
Teluk Intan, 24 Oktober 2024 – Satu perbincangan telah diadakan antara Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Hilir Perak (PBSD) bersama-sama Angkatan Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak (APM) bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Daerah Hilir Perak. PBSD ditugaskan menyelaraskan kerja-kerja pembersihan dan bersedia menggerakan pasukan Sukarelawan Anak Muda (SATRIA) bagi membantu program khidmat masyarakat pasca banjir kepada penduduk yang terkesan.
Pihak PBSD mengalu-alukan juga mana-mana persatuan,kelab-kelab belia dan sukan serta mana-mana badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini bersama-sama membantu membersihkan rumah yang terjejas akibat banjir yang dijadualkan pada 25 oktober 2024 ((Jumaat) di Kampung Permatang Pelanduk jam 2.30 petang. Jom sama-sama bantu mereka, semoga dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan ujian mereka.
#SATRIA
#RakanMuda
#RakanPrihatin
#TeamPBSDHiper
#TeamJBSPerak
- JBS Perak
- Hits: 141
