PARIT, 10 April 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah menerima jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran YB Dato' Khairudin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, yang berlangsung dalam suasana meriah di Dewan Terbuka Ngah Sagor.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak iaitu En Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, Penolong Pengarah Kanan (Sukan) JBS Perak; Puan Siti Hajar Sulaiman, Penolong Pengarah (Rakan Muda) JBS Perak; serta En Mohd Shafiq Ahmad Zakari, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah yang hadir memenuhi jemputan YB Dato’.
Kehadiran wakil jabatan ini mencerminkan hubungan erat serta semangat silaturahim yang berterusan antara kepimpinan negeri dan warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dalam usaha memperkukuh kerjasama pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
Pihak jabatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan pihak YB Dato' kepada kami bagi bersama memeriahkan majlis yang dilangsungkan.
#JBSPerak
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#EHEYNS
#Aidilfitri2026
- JBS Perak
- Hits: 40
