PROGRAM LEBARUN 5KM FUN RUN SEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT 2026 PERAK MERIAH DENGAN TEMA BAJU RAYA

MERU, 5 April 2026 – Program LebaRUN 5KM Fun Run sempena Program MADANI Rakyat 2026 Perak berjaya menarik hampir 500 orang peserta yang tampil meriah dengan tema baju raya, sekali gus memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri melalui aktiviti gaya hidup sihat.

Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Olahraga Bagirun dan berlangsung di sekitar Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah.
Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Encik Zaafar Md Sanid, Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Belia dan Sukan. Turut mengiringi beliau ialah Encik Mohd Hafeez Hussein, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh, Penolong Pengarah Kanan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.

Program ini bukan sahaja berjaya menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan umur, malah turut menggalakkan pembudayaan sukan secara santai dan menyeronokkan bersempena suasana Aidilfitri. Peserta kelihatan ceria mengenakan pakaian bertemakan raya sambil mengambil bahagian dalam larian sejauh lima kilometer di sekitar kawasan program.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta agensi rakan kerjasama yang telah menjayakan program pada kali ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Extra Joss Malaysia atas tajaan air minuman kepada semua peserta dan hadirin yang terlibat.
Program seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh budaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti sukan yang santai dan inklusif selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.   

#JBSPerak
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#5KMFunRun
#MalaysiaAktif
#PerakAktif

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search