- JBS Perak
- Hits: 185
LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) KEBANGSAAN 2024 KINI BERMULA, KONTINJEN LSK PERAK SEDIA BERJUANG!!
KAJANG, 25 Okt 2024 - Kini telah rasmi bermulanya Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2024 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB Tuan Adam Adli Abdul Halim bertempat di Sports Arena, UNITEN. Kejohanan akan berlangsung selama 3 hari bermula 25 hingga 27 Oktober 2024.
Kontinjen LSK Negeri Perak yang diketuai Penolong Pengarah Kanan (Sukan); Encik Mohd Syaiful Fahmi Mohd Salleh pada kali ini akan menyertai 3 jenis sukan yang dipertandingkan iaitu Sepak Takraw, Bola Tampar Wanita dan Ping Pong Berpasukan Campuran. Sebanyak 15 kontinjen seluruh negara mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.
Turut hadir Ketua Pengarah JBSN; YBrs. Puan Azura Abidin dan Pengarah Cawangan Penggalakan & Pembangunan Sukan JBSN; Encik Mohd Nizam Ismail.
Ayuh kita terus amalkan gayahidup aktif & sihat. Cergas Bersama!!
#JBSPerak
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#CergasBersama
#LSKKebangsaan2024
- JBS Perak
- Hits: 185
