HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT DAERAH SUNGAI SIPUT (U) 2024
SUNGAI SIPUT (U), 12 Oktober 2024 - Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sungai Siput dengan kerjasama SMK Toh Muda Abdul Aziz telah mengadakan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Sungai Siput (U) 2024 bertempat di Padang SMK Toh Muda Abdul Aziz, Sungai Siput (U).
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Kesavan A/L Subramaniam, Ahli Parlimen Sungai Siput. Hadir sama memeriahkan HSN Sungai Siput 2024 ialah Cik Nur Shamin Idayu Binti Shuhaimi, wakil Ketua Penolong Pegawai Daerah Sungai Siput, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Pengetua SMK Toh Muda Abdul Aziz selaku Tuan Rumah HSN Sungai Siput 2024, Pengetua SMK Datuk Haji Abdul Wahab, wakil-wakil dari Pejabat ADUN Kawasan Lintang dan ADUN Kawasan Jalong, Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput, Pengurus Giatmara Sungai Siput, Pegawai Kemas Daerah Kuala Kangsar, Penghulu-Penghulu Mukim di Daerah Sungai Siput, Pengerusi Majlis Belia Daerah Sungai Siput serta Pengerusi Alumni 4B Kawasan Sungai Siput.
Objektif HSN 2024 adalah meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas, memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa dan menggalakkan pembangunan sukan secara menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi ke arah melahirkan bakat baru (Sports Nation).
Sebanyak 12 aktiviti telah dilaksanakan sempena HSN Peringkat Daerah Sungai Siput (U) 2024 antaranya ialah Berjalan Ria Madani 3.5km, Senamrobik Perdana HSN, Pertandingan Tarik Tali, Pertandingan Explorace by I-Raccer, Pertandingan Bola Jaring Kanak-Kanak Tabika Kemas sekitar Sungai Siput, Pertandingan Dart, Pertandingan Sukan Tradisional / Sukan Rakyat, Mari Mencuba Penalty Point Shoot Out, Pemeriksaan Kesihatan, Kempen Derma Darah dan Cabutan Bertuah dimana hadiah-hadiah Cabutan Bertuah adalah sumbangan dari Ahli Parlimen Sungai Siput, ADUN Kawasan Lintang serta ADUN Kawasan Jalong. Lebih 2500 orang menyahut cabaran HSN Peringkat Daerah Sungai Siput (U) 2024.
#JBSNegara
#TeamJBSPerak
#PBSDSSU
#HSNSSU2024
#HSN
#CergasBersama
#MalaysiaMadani
- JBS Perak
- Hits: 264
