PENGKALAN HULU, 11 NOVEMBER 2019 – Taklimat Keselamatan Pagar Sempadan Malaysia-Thailand Daerah Pengkalan Hulu telah dihadiri ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri Daerah Pengkalan Hulu. Taklimat keselamatan telah disampaikan oleh Ketua Imigresen Daerah Pengkalan Hulu dan Ketua Kastam Daerah Pengkalan Hulu. Sempadan Malaysia-Thailand yang terletak di Utara Perak melalui Daerah Pengkalan Hulu, Perak merentasi Daerah Betong, Yala di kenali sebagai ICQ yang mana kompleks sempadan di kawal selia oleh Jabatan Imigresen. Taklimat yang disampaikan melibatkan keluasan bangunan, kakitangan, fungsi, aspek kawalan dan hubungan baik antara agensi Malaysia–Thailand. Turut hadir kemajlis ini adalah Ketua Penolong Pegawai Daerah Pengkalan Hulu, Pegawai Memerintah 3 Rejimen Sempadan dan Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu.
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pengkalan Hulu
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pengkalan Hulu
- JBS Perak
- Hits: 802
