TELUK INTAN, 23-24 NOVEMBER 2019 (Sabtu-Ahad) – Berlangsungnya satu program yang melibatkan para belia dan komuniti setempat bertempat di padang Speedy Teluk Intan anjuran Kelab Belia Generasi Baru Kg. Selabak dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta. Program yang diadakan 2 hari itu mendapat perhatian masyarakat disulami dengan peniaga-peniaga kecil dalam memeriahkan lagi aktiviti. Pelbagai acara telah dirangka termasuk Senamrobik, Futsal, Mobile Legend, Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta, Persembahan Artis Jemputan, Persembahan Seni Mempertahanan Diri dan beberapa acara sampingan lagi. Pogram ini dirasmikan oleh Tuan Mohd Hafez Mubin bin Mohd Salleh merangkap Pegawai Khas Kanan YAB Menteri Besar Perak.
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak
- JBS Perak
- Hits: 114
