SLIM RIVER, 25 NOVEMBER 2019 – Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak iaitu Encik Mohd Khairol Bin Kamis dan Encik Mohd Shahrin Bin Zakaria selaku Pegawai Pembangunan Rekreasi telah mengadakan satu lawatan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan sukan bagi Daerah Muallim serta isu-isu berkaitan pejabat. Pihak pejabat mengalu-alukan kedatangan mereka berdua ke pejabat ini dan berharap intipati daripada perbincangan tersebut dapat meningkatkan mutu sukan di Daerah Muallim dan Negeri Perak khasnya.
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muallim
- JBS Perak
- Hits: 476
