- JBS Perak
- Hits: 630
MESYUARAT PROJEK PEMBANGUNAN BAGI RANCANGAN PEMBANGUNAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2021 - 2025
SLIM RIVER, 22 JANUARI 2020 (Rabu) –Encik Khairil Aktar Bin Ghazali, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) mempengerusikan mesyuarat ini pada jam 9.00 pagi di Pejabat Daerah Dan Tanah Muallimuntuk membincangkan cadangan permohonan projek pembangunan bagi Rancangan Negeri Perak Darul Ridzuan tahun 2021-2025 oleh Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Muallim. Semua cadangan permohonan dari Jabatan Negeri dan Persekutuan Daerah Muallim akan disemak oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Muallim sebelum dipanjangkan Unit Perancang Ekonomi Perak (UPEN) untuk kelulusan peruntukan. Mesyuarat ini, dihadiri oleh Encik Shahrani Bin Haron, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Muallim.
Disediakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Muallim.
- JBS Perak
- Hits: 630
