SELAMA, 22 NOVEMBER 2019 – En. Juwaidi bin Kamaruddin iaitu Pen. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Selama telah menamatkan Kursus Kepegawaian yang telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah dengan jayanya. Kursus ini bermula pada 14 Oktober sehingga 22 November 2019. Kursus ini melibatkan modul yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan yang merangkumi Kursus Asas Rela, Kursus Rekreasi, Kursus Pensijilan Sains Sukan dan Kursus UKJK. Kursus ini melibatkan pegawai seramai 59 orang dari pelbagai negeri dan daerah.
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Selama
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Selama
- JBS Perak
- Hits: 525
