IPOH – 09 JULAI 2020 – Pada pagi ini berlangsungnya Majlis Penyampaian Amanat dan Hala Tuju Belia & Sukan Negeri Perak oleh YB Khairul Shahril Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi & Multimedia. Antara yang dikongsikan oleh YB Exco adalah hasrat, hala tuju, aspirasi serta perancangan rapi pembangunan belia terutama dalam memperkasakan pertubuhan belia di Negeri Perak.
Dalam Ucapan YB Khairul Shahril, beliau menekankan kepada warga pegawai Belia & sukan agar sentiasa berkomitmen, bekerja dalam satu pasukan serta berkhidmat dengan telus supaya setiap perancangan dan aspirasi Kementerian dan Kerajaan negeri dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Majlis juga diteruskan dengan penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2019.
Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
- JBS Perak
- Hits: 617
