Kursus Lipatan Tengkolok DiRaja dan Samping Peringkat Negeri Perak anjuran Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bertempat di Dewan Utama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah dilaksanakan dengan jayanya. Seramai 35 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Mereka terdiri dari daerah Kinta, Sg. Siput, Kuala Kangsar, Kg. Gajah, Perak Tengah dan Manjung. Kursus ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dikalangan para belia Negeri Perak. Majlis Perasmian Penutup ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, turut hadir Encik Mohd Halifi bin Ab Hamid, Penolong Pengarah Bahagian Rakan Muda dan penceramah jemputan Y.M Raja Ahmad Akashah b. Raja And Malek. Terima kasih diucapkan di atas kerjasama semua pihak dalam sama-sama menjayakan kursus ini.
Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
- JBS Perak
- Hits: 511
