10 NOVEMBER 2020 (Selasa), IPOH- Mesyuarat penyelarasan bagi membincangkan berkaitan operasi semasa PKPB dan pematuhan SOP kehadiran ke pejabat dan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi bersama kakitangan JBSN Perak dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah secara atas talian (Aplikasi Google Meet).
Disediakan oleh: Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak
PERAK TENGAH,7 November 2020 ( Sabtu) –Telah berlangsung Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Perak Tengah tahun 2020 bertempat di Masjid Daimiah Tanjong Belanja, Parit yang dirasmikan oleh YB Khairul Shahril Bin Mohamed, Exco Jawatankuasa Belia, Sukan Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak Merangkap Adun bota dan juga turut serta YB Khairudin Bin Abu Hanipah Adun Belanja. Kehadiran terdiri daripada ahli kelab rakan muda parlimen parit bersama jawatankuasa masjid dan juga penduduk setempat seramai 50 orang mengikut kesesuaian sop berikutan pandemik covid-19 yang melanda Negara sekarang. Aktiviti gotong royong telah dijalankan di antaranya adalah mengecat masjid, membaikpulih dan pembersihan kawasan masjid. Program ini juga disertai taklimat norma baharu yang disampaikan oleh pejabat penerangan daerah perak tengah berkenaan covid-19.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah
HILIR PERAK, 07 NOVEMBER 2020 (Sabtu) – Program Rakan Muda Day Out (RMDO) Peringkat Daerah Hilir Perak 2020 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Rumah Titian Asharaful Rohaniah, Teluk Intan Perak. Program yang bermula jam 10.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak dan turut dihadiri oleh Puan Rohana Said selaku Pengurus Rumah Titian Ashraful Rohaniah serta Encik Wan Nazamuddin bin Wan Mansor selaku wakil dari Pasaraya Tesco Teluk Intan. Program ini juga disertai oleh seramai tiga puluh (30) orang anak muda dari Kelab Belia Generasi Pekan Baru, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Hilir Perak, Majlis Belia India Malaysia (MIYC) serta Saudara Beh Zeng Kang dari Persatuan Kebajikan Amal Hilir Perak yang juga merupakan Alumni Emas Anugerah Remaja Perdana ( ARP ) Rakan Muda bersama – sama lebih tujuh puluh ( 70 ) orang penghuni di rumah tersebut.
Antara kerjasama yang telah dijalin oleh PBSD Hilir Perak dan Pengurusan Pasaraya Tesco Teluk Intan dalam program ini adalah melalui sumbangan barangan bantuan keperluan harian kepada penghuni rumah tersebut. PBSD Hilir Perak juga telah menyelaras sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman disamping menyediakan barangan keperluan asas persekolahan kepada lapan (8) orang penghuni di rumah tersebut yang masih bersekolah.
Pelaksanaan program RMDO ini diharap dapat menjadi perintis kepada lebih ramai belia dan individu serta NGO/ Syarikat diluar sana untuk terus menghulurkan sumbangan dan dana membantu penghuni di rumah tersebut.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak
HILIR PERAK, 06 NOVEMBER 2020 ( Jumaat ) – Bersempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin serta Doa Selamat yang diadakan di Masjid Daerah Sultan Idris II Teluk Intan. Majlis tersebut dihadiri oleh semua Ketua Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Daerah Hilir Perak dan turut dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak – En Mohamad Syahmi bin Mohamad Anis. Ucapan perasmian disampaikan oleh Orang Besar Jajahan Daerah Hilir Perak - YDH Toh Muda Orang Kaya – Kaya Laksamana Raja Mahkota Mejar ( K ) – Dato’ Hj. Meor Redwan bin Mahayudin. Turut diadakan Solat Hajat bagi mendoakan kesejahteraan dari wabak Covid-19.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak
HILIR PERAK, 04 NOVEMBER 2020 ( Rabu ) – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Hilir Perak telah mengadakan satu taklimat penubuhan Kelab Rakan Muda Sukarelawan Daerah Hilir Perak bertempat di PBSD Hilir Perak. Penubuhan kelab tersebut bertujuan untuk menyuntik semangat kesukarelawan dikalangan anak muda disamping membantu belia menyesuaikan diri dan membentuk sikap positif dalam menghadapi cabaran belia pada masa hadapan. Taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak – En Mohamad Syahmi bin Mohamad Anis turut memberi suntikan semangat kepada bakal pelapis yang akan menerajui penubuhan kelab tersebut. Turut serta dalam sesi taklimat adalah Penolong Pegawai Belia dan Sukan – En Mohamad Ibrahim bin Mohamad Yusop yang telah memberikan penerangan berkenaan proses pendaftaran yang perlu dilalui untuk penubuhan kelab tersebut.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak
7 November 2020 (Sabtu), Kinta - Program 'Community Empowerment' anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan dirasmikan oleh YBhg Pn. Puteri Holijah bt Muhamad Rali, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh. Program ini diadakan bagi mewujudkan kerjasama strategik antara ketua-ketua komuniti dan agensi kerajaan bagi menangani permasalahan penagihan dadah, substan dan perlencongan sosial di daerah Kinta. Turut hadir bersama En. Tines Kumar a/l M Lingam, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kinta.
Disediakan oleh: Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak
7 November 2020 (Sabtu), Kinta - Pejabat Belia Dan Sukan Kinta telah berjaya melaksanakan Program Rakan Muda Day Out (RMDO) Peringkat Daerah Kinta dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Ipoh serta persatuan dan pertubuhan yang bernaung di bawah MBD Ipoh. Aktiviti yang dijalankan adalah Program Ziarah Kasih dan Penyampaian Bantuan Kemanusiaan kepada rumah-rumah anak yatim dan pusat-pusat maahad sekitar daerah Kinta. Program bermula dengan gimik perasmian oleh En. Tines Kumar a/l M Lingam, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kinta. Program ini berjaya menyalurkan barangan keperluan makanan bagi membantu rumah-rumah anak yatim dan pusat-pusat maahad yang terkesan dengan pandemik COVID 19 ketika ini di samping menyantuni mereka. Program ini telah dihadiri oleh Lukman Hady b. Zulkafli, Pembantu Belia dan Sukan mewakili Pejabat Belia dan Sukan Kinta bersama kepimpinan Majlis Belia Daerah Ipoh bersama ahli-ahli jawatankuasa dan gabungan. Semua aktiviti yang diatur telah berjalan lancar dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh: Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak
5 NOVEMBER 2020 (Khamis), Taiping - Lawatan pemantauan projek naiktaraf Gelanggang Pelbagaiguna Kampung Boyan Taiping Perak oleh Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bersama Pegawai Majlis Perbandaran Taiping. Turut hadir bersama pihak kontraktor yang dilantik serta wakil penduduk. Lawatan bertujuan untuk membuat penilaian dan semakan ke atas kerja-kerja yang telah selesai dilaksanakan di samping membincangkan pelaksanaan majlis penyerahan gelanggang daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak kepada Majlis Perbandaran Taiping.
Disediakan oleh: Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Larut Matang
5 November 2020 (Khamis), Kinta - Pejabat Kinta menerima kunjungan hormat daripada En. Zulzarif, Presiden GPMS Tambun. Pelbagai perkara berkaitan pembanguan belia dibincangkan termasuk pindaan Akta 668 (Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia) dan Dasar Belia Malaysia.
Disediakan oleh: Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak