Bengkel Pemantapan Pertubuhan Belia KBBT, Gopeng.. Anjuran KBBT dengan kerjasama JBSN Perak itu berlangsung bermula 12 hingga 13 Disember bertempat di Bilik Seminar, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
Pejabat Kinta menerima kunjungan hormat daripada En. Muhammad Hamzah bin Md Hamdan, Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandar Ipoh. Pelbagai perkara berkaitan perancangan & pelaksanaan program, Dasar Belia Malaysia dan pengurusan dokumentasi persatuan telah dibincangkan dalam pertemuan ini.
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Negeri Perak
Sesi kunjungan dan perbincangan pelaksanaan Skim Perantisan Nasional (SPN) bersama Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak Tuan Haji Muhamad Fauzi Bin Haji Abd Ghani. Turut Hadir dalam sesi perbincangan tersebut Encik Munir Bin Aliyasak Timbalan Pengarah, JBSN Perak.
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Negeri Perak
Pegawai Pemeriksa Aset Jabatan En. Tines Kumar A/L M Lingam dan En. Muhammad Bin Hj Mat Zain telah memulakan lawatan pemeriksaan aset ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (Zon 2), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Lawatan bertujuan menyemak keadaan aset dan memastikan sistem pengurusan aset dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
7 DISEMBER 2020 - Lawatan Pemantauan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak ke Tapak Projek Pembinaan Kompleks Sukan Bagan Datuk Perak. Turut hadir bersama Pegawai Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk.
Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
5 Disember 2020 (Sabtu) | Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak
Telah berlangsung pelancaran Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Perak 2020. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jab. Belia & Sukan Negeri Perak yang mewakili YB Tn. Khairul Shahril Bin Mohamed, Pengerusi J/K Belia, Sukan, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak.
Majlis pelancaran telah diadakan secara virtual dan telah disiarkan melalui laman Facebook Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak serta
Setelah selesai majlis pelancaran, Sukarelawan Rakan Muda meneruskan misi menyampaikan sumbangan kepada keluarga-keluarga yang terjejas di Flat Ashby Road. Terima kasih kepada GEMA Perak dalam inisiatif mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan yang sudi melibatkan diri dalam program ini.
Pihak jabatan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran serta program penyampaian sumbangan.
HKBM Peringkat Negeri Perak akan bersambung pada 12 Disember 2020. Di antara program yang telah dirancang adalah penyampaian sumbangan kepada keluarga-keluarga terjejas akibat bencana banjir serta kempen kesedaran Covid-19 (edaran face mask dan hand sanitizer).
Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
10 DISEMBER 2020 , -YBhg. En. Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim , Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah mengadakan Lawatan Kerja singkat ke Pejabat Belia & Sukan Daerah Lenggong.
Dalam lawatan tersebut, beliau yang juga diiringi oleh En. Munir bin Aliyasak, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak telah diberikan sedikit penerangan tentang serba sedikit latar belakang Daerah Lenggong serta perjalanan pentadbiran pejabat ini oleh Puan Nurul Hanam binti Zabri, (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lenggong.)
Semoga lawatan YBhg. Tuan Pengarah ini akan memberikan semangat dan inspirasi kepada para pegawai dan kakitangan untuk terus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam berintegriti.