SERI MANJUNG, 7 DISEMBER 2020 (ISNIN) – Pegawai Belia dan Sukan Daerah Manjung telah menghadiri jemputan ke Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Kawasan Lumut yang telah diadakan. Didalam ucapannya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Manjung telah menyatakan harapan agar Gerakan Belia 4B Kawasan Lumut akan sentiasa bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung dalam menjalankan program dan aktiviti yang dapat memberi impak positif kepada belia-belia di dalam daerah Manjung. Ucapan tahniah juga diberikan kepada 4B Kawasan Lumut kerana komited untuk merancakkan lagi kegiatan persatuan mereka khususnya dalam pembangunan belia di dalam daerah Manjung.
DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG
- JBS Perak
- Hits: 691
