4 November 2020 (Rabu), Kinta - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak ( JBS ) dengan kerjasama Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) telah menganjurkan Forum Online Cabaran Sukan Bermotor Bersama MAM pada 4 november 2020 bertempat di Bahagian Pembangunan Sukan JBS negeri Perak. Forum online ini dimulakan dengan ucaptama yang telah disampaikan oleh YB Tuan Khairul Shahril Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Komunikasi dan Multimedia negeri Perak kepada semua peserta dan penggiat sukan permotoran yang bersiaran secara atas talian. Seterusnya Tuan Moderator En. Mohd Khairol dari Jabatan Belia Sukan Negeri Perak bersama dengan 2 wakil daripada MAM iaitu Puan Nilley binti Jalius dan juga Encik Muhammad Husaini Behesti menerangkan beberapa perkara antaranya adalah pengenalan mengenai MAM itu sendiri dan juga beberapa perkara penting antara nya adalah isu lesen perlumbaan dan juga acara perlumbaan yang dikawal selia.
Seterusnya sesi kedua menjadi lebih meriah dengan kehadiran ikon permotoran Negara yang telah dijemput ke Konti Jabatan Belia Sukan Perak iaitu Tuan Haji Wazi Abdul Hamid dan juga pelumba kereta GT Negara saudara Afiq ikhwan melalui aplikasi atas talian (online). Di sesi yang kedua ini kedua dua ikon perlumbaan ini bercerita dan berkongsikan pengalaman pahit dan manis mereka dan juga pandangan mereka didalam cabaran mengharungi sukan perlumbaan berdasarkan pengalaman masing masing .
Forum ini telah dijalan kan secara online di Facebook pages Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak dan juga melibatkan komunikasi dua hala diantara panel dan juga penonton. ini merupakan salah satu usaha Kementerian Belia dan Sukan memberikan lebih informasi dan juga memeriahkan komuniti tempatan negeri khususnya para Belia Negeri Perak yang mempunyai latar belakang dan meminati sukan permotoran.
Disediakan oleh: Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak
- JBS Perak
- Hits: 551
