SERI MANJUNG, 27 OGOS 2020 (KHAMIS) - Wakil dari Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah turun padang untuk berjumpa dengan wakil-wakil kepimpinan belia daerah Manjung untuk memperkenalkan fungsi dan peranan PASAK serta membincangkan program-program terkini yang akan diadakan PASAK khususnya di daerah Manjung. Kepimpinan belia di dalam daerah Manjung sangat mengalu-alukan dan sedia memberikan kerjasama penuh kepada pasukan PASAK dalam menjayakan program-program yang bakal dijalankan seperti Karnival Kerjaya kerana program seperti ini dapat mengurangkan pengangguran kerja serta dapat meningkatkan modal insan dalam kalangan belia. Turut hadir ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Manjung, Pengerusi Majlis Belia Daerah Manjung serta Pesuruhjaya Pengakap Daerah Manjung.
DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG
- JBS Perak
- Hits: 640
