KAMUNTING, 15 JUN 2020- Bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang, satu Lawatan Pemeriksaan mengejut telah diadakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Lawatan Pemeriksaan ini telah dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak En. Munir bin Aliyasak dan Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak En Halifi.
Pemeriksaan ini melibatkan Aset Alih Kerajaan, Buku Setem, Pemeriksaan Pejabat dan lain-lain lagi.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Larut Matang merupakan pejabat pertama yang dihadiri untuk membuat lawatan pemeriksaan sebelum pergi ke Daerah yang lain.
Disediakan Oleh : PBSD Larut Matang
PERAK TENGAH,12 JUN 2020 ( Jumaat) –Telah berlangsung perbincangan Kajian Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah 2020 bersamaE ncik Munir Bin Aliyasak, Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak. Perbincangan turut meliputi usaha menyebar luas mesej anti rasuah dan menjalinkan hubungan strategic dengan pengurusan tertinggi serta warga Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak. Pertemuan ini juga bersetuju untuk membantu melaksanakan kajian dan memanjangkan kepada Majlis Belia Dan Sukan Negeri Perak serta terhadap inisiatif SPRM dalam menyebarluas mesej anti rasuah di kalangan kakitangan dan bersedia member komitmen penuh dalam menjayakan program-program pencegahan yang bakal dilaksanakan di jabatan. Turut hadir dalam perbincangan ini adalah Suekarni Binti Mohamed Dan Encik Megat Hafizal Bin Ahmad Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Perak Tengah.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah
HILIR PERAK, 10 JUN 2020 ( Rabu ) – Penularan wabak Covid- 19 sejak Mac lalu telah memberi kesan terutama terhadap golongan kurang berkemampuan. Atas faktor tersebut, Majlis Belia India Malaysia ( MIYC ) Daerah Hilir Perak & Persatuan Kebajikan Hilir Perak dengan kerjasama Nestle Hilir Perak telah mengambil langkah dan inisiatif bagi membantu golongan B40 iaitu keluarga yang mempunyai anak kecil dimana sumbangan berbentuk susu tepung telah diagihkan kepada keluarga yang terlibat Diharap dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak
SLIM RIVER, 10 JUN 2020 (RABU) – Gerak Kerja Naiktaraf Gelanggang Sukan Bandar Baru Slim, Slim telah bermula pada 1 Jun 2020. Justeru itu, satu sesi pemantauan perkembangan kemajuan kerja naiktaraf tersebut telah dilakukan oleh pegawai daripada Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak yang terdiri daripada Encik Munir Bin Aliyasak, Timbalan Pengarah Belia, Encik Mohd Khairol Bin Kamis, Penolong Pengarah Sukan dan Encik Mohd Naim Bin Yacob, Pegawai Kecergasan Nasional. Lawatan tapak tersebut turut disertai oleh Encik Shahrani Bin Haron, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Muallim, Encik Zakiri Bin Saari dan Encik Basri Bin Alang. Lawatan tersebut bermula sekitar jam 10.30 pagi dan berakhir sekitar jam 11.45 pagi.
Disediakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Muallim.
SLIM RIVER, 10 JUN 2020 (RABU) – Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perak, Encik Munir Bin Aliyasak telah melakukan pemeriksaan mengejut ke atas Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Muallim bagi memastikan pematuhan prosedur kewangan AP308 dan AP309 di pejabat ini. Lawatan tersebut turut disertai oleh Encik Mohd Khairol Bin Kamis, Penolong Pengarah Sukan dan Encik Mohd Naim Bin Yacob, Pegawai Kecergasan Nasional. Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Muallim, Encik Shahrani Bin Haron dan kakitangan beliau telah memberikan kerjasama menyeluruh dalam menjayakan pemeriksaan mengejut ini.
Disediakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Muallim.
HILIR PERAK, 02 JUN 2020 ( Selasa ) – Mesyuarat penyelarasan pembinaan Lampu Limpah Stadium Mini di SM Seri Kandi diadakan pada 2 Jun 2020 bertempat di JKR Hilir Perak. Projek dijadualkan mengambil masa selama 30 minggu dan akan dilaksanakan oleh syarikat Revotech Electrical Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang merupakan anak tempatan Hilir Perak. Projek dijangka untuk disambung semula selepas diberhentikan kerana perintah kawalan pergerakan ( PKP ) seluruh negara.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak
IPOH, 3 JULAI 2020- Lawatan ziarah Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak ke kediaman keluarga arwah Puan Rosnah Pengurus Pasukan Catur Para Negeri Perak yang telah meninggal dunia pada 27 Jun 2020 akibat penyakit kanser. Turut hadir bersama wakil daripada Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Perak (PESRON). Seluruh warga Kontinjen Para SUKMA Negeri Perak mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah.
Pihak JBS Perak dan PESRON turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga arwah khususnya atas menghargai jasa dan sumbangan sepanjang arwah bersama-sama Kontinjen Para SUKMA Negeri Perak.
PENGKALAN HULU, 2 JULAI 2020- Lawatan Gelanggang Futsal Jalan Padang Pengkalan Hulu oleh Pegawai Pembangunan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pengkalan Hulu dan wakil Pejabat Daerah Pengkalan Hulu bagi meninjau cadangan projek naik taraf di Pakej Ransangan Ekonomi (PRE).
IPOH, 2 JULAI 2020- Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Perak telah mengadakan perbincangan bersama Exco Belia, Sukan, Komunikasi Dan Multimedia Negeri Perak, YB Khairul Shahril Bin Mohamed. Perbincangan mengenai program-program belia yang akan dilaksanakan oleh JBS Perak.
YB Exco juga berhasrat untuk memperkasakan dan peremajaan persatuan belia di Negeri Perak bagi memperkukuhkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (pindaan) 2019.
Turut hadir semasa sesi penerangan dan perbincangan tersebut lalah Ketua Penolong Pengarah Belia, En.Munir Bin Aliyasak pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Disediakan Oleh: Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Perak