En Izharuddin selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Manjung telah menyempurnakan majlis perasmian Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Sitiawan. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Manjung dan GPMS Sitiawan telah sama-sama membincangkan pelbagai kerjasama yang boleh dijalankan pada masa akan datang terutamanya di dalam perkara-perkara yang melibatkan pembangunan belia dalam daerah Manjung. Ucapan tahniah juga diberikan kepada GPMS Cawangan Sitiawan kerana sentiasa bergerak aktif dalam aktiviti-aktiviti kebeliaan terutamanya didalam bidang pendidikan.
DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG
Umum mengetahui penglibatan individu dalam aktiviti fizikal memberi banyak kelebihan samada dari segi fizikal,mental, emosi, dan rohani. Justeru itu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui kerjasama Pejabat Belia dan Sukan.
Salah seorang Pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak yang telah berjaya menamatkan larian 63KM Encik Abdul Rahman Bin Mahamoud berkata, program ini sangat baik dan salah cara memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara yang mana larian 63 km menunjukan simbolik hari kemerdekaan yang ke 63 tahun bagi ini.
Seorang lagi peserta yang tamat Larian 63km, En Mohamad Shubli Saleh dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak (Gerik) berkata program ini sebagai medium untuk para pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak mempromosi sukan kepada masyarakat selain meningkatkan kesedaran untuk mengamalkan budaya gaya hidup sihat dan aktif.
Peserta dari belia Gerik (Muhaimin) dan belia Pengkalan Hulu (Amal Hafiz Abdul Rahman) yang juga turut menamatkan larian 63km berkata,program larian yang sangat lancar dan mendapat sokongan daripada pihak penganjur semoga akan diadakan sebagai acara tahunan selepas ini.
BAGAN DATUK,16 SEPTEMBER 2020- (RABU) – Sempena Sambutan Hari Malaysia 2020 peringkat daerah Bagan Datuk,Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan dan ngo daerah Bagan Datuk telah menganjurkan satu Program Merdeka @Komuniti Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Bagan Datuk 2020.Program ini diadakan di Dewan Dato’ Lope Hashim,Bagan Datuk pada jam 8.00 malam.Program ini melibatkan kesemua agensi-agensi yang berkhidmat di daerah ini,juga turut dijemput hadir bagi memeriahkan program iaitu Orang Besar Jajahan Bagan Datuk,Pegawai Daerah Bagan Datuk,pegawai-pegawai agensi dan pemimpin tempatan.Program ini berkonsepkan dengan kesesuaian situasi dan keadaan semasa dengan pendemik yang melanda.oleh itu ‘SOP’ yang bersesuaian diwajibkan kepada setiap yang hadir.
BAGAN DATUK,28 SEPTEMBER 2020- (ISNIN) – Perlawanan Persahabatan Badminton Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Bagan Datuk (GPMSBD) telah diadakan pada 25 September 2020 (Jumaat) pada jam 8.00 malam bertempat di Dewan Komuniti batu 20,Selekoh,Bagan Datuk.Program ini dianjurkan oleh pihak GPMSBD ini sendiri dengan kerjasama Kelab Badminton Batu 20 daerah Bagan Datuk.Perlawanan ini melibatkan peserta seramai 30 orang.Pertandingan ini dijalankan mengikut ‘SOP’ sukan yang telah ditetapkan memandangkan pendemik Covid19 masih lagi melanda negara buat masa sekarang.Turut hadir dan merasmikan majlis penutup pertandingan ini ialah Pegawai Belia dan Sukan Bagan Datuk ,En Basharul Hafiz Saat.
BAGAN DATUK,15 SEPTEMBER 2020- (Selasa) – Bertempat di Pejabat Penghulu Rungkup,Bagan Datuk, telah diadakan satu Mesyuarat Penyelarasan Program Gotong-Royong Sempena Hari Bulan Sukan Negara 2020 yang dijangkakan akan berlangsung pada 10.10.2020 (Sabtu) bertempat di Beting Beras Basah,Bagan Datuk.Program ini akan melibatkan peserta seramai 40 orang mengikut ‘SOP’ yang ditetapkan sepanjang program berlangsung.Turut hadir dalam mesyuarat ialah wakil dari Balai Polis Rungkup,Pejabat Belia dan Sukan Bagan Datuk,Rela dan agensi-agensi yang terlibat.
BAGAN DATUK,22 SEPTEMBER 2020- (SELASA) – Sempena dengan Sambutan Hari Belia Negara 2020, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bagan Datuk,Hilir Perak,Kompleks Rakan Muda Kampar dan Kelab Belia Generasi Pekan Baru,Teluk Intan telah menganjurkan satu Kursus Asas Kayak Sempena Sambutan Hari Belia Negara.Program ini berlangsung selama 2 hari satu malam yang bermula pada 21 September 2020 dan tamat pada 22 September 2020.Program ini diadakan di Kompleks Rakan Muda Kampar yang melibatkan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kelab-kelab belia yang turut hadir dari pelbagai daerah di negeri Perak.
Majlis penutup kursus ini disempurnakan oleh Ybhg. Encik Halifi Hamid,Penolong Pengarah Rakan Muda yang mewakili Pengarah Belia dan Sukan Negeri Perak.
BAGAN DATUK,28 SEPTEMBER 2020- (ISNIN) – Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bagan Datuk pada jam 10.00 pagi, telah diadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah Bagan Datuk.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Tanah Bagan Datuk dan dijemput hadir semua pegawai-pegawai agensi kerajaan dan yang terlibat dalam jawatankuasa pembangunan di daerah Bagan Datuk ini.Mesyuarat ini diadakan bertujuan membentangkan laporan berkaitan status pembangunan di Bagan Datuk ini termasuk pembinaan Kompleks Sukan Bagan Datuk yang dijangkakan bakal siap pada awal November 2020 kelak.
HILIR PERAK, 16 SEPTEMBER 2020 (Rabu) – Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak dengan kerjasama Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) serta Pejabat Penerangan Daerah Hilir Perak telah menganjurkan program Kayuhan Merdeka Ke-63 sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Daerah Hilir Perak. Pelepasan bermula di Dewan MPTI, Langkap dan disempurnakan oleh YDH Orang Besar Jajahan Hilir Perak. Turut hadir semua ketua – ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri. Pegawai Belia dan Sukan Hilir Perak turut menyertai kayuhan sejauh 36.1 km bermula di Dewan MPTI Langkap ke Menara Condong Teluk Intan. Majlis Ucaptama dan Perasmian program disempurnakan oleh ADUN Changkat Jong – YB Datuk Mohd Azhar bin Jamaluddin.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak melalui kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gerik dan Majlis Belia Daerah Gerik telah menganjurkan Program Cabaran Larian 63KM sempena Hari Kemerdekaan ke-63 Tahun. Program ini bertujuan meraikan hari kemerdekaan yang ke 63 Tahun yang mana larian 63KM sebagai merupakan simbolik dengan melibatkan pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan belia-belia di Daerah Hulu Perak. Laluan 63KM itu, bermula di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik dan berakhir di Arena Square Pengkalan Hulu yang telah mengambil masa lebih kurang 12 jam untuk kesemua peserta larian sampai.
Program Larian 63KM ini bermula pada pukul 9.00 malam yang telah disempurnakan majlis pelepasan oleh YDH. Ketua Polis Daerah Gerik Supt. Zulkifli Bin Mahmood dan setelah peserta larian tamat larian jam lebih kurang 9.00 pagi, pelari-pelari telah disambut oleh YB Haji Aznel Bin Haji Ibrahim (ADUN Pengkalan Hulu) pada majlis penutup dan penyampaian sijil penghargaan kepada pelari dan urusetia program.
Syabas dan tahniah untuk pegawai dan kakitangan yang telah dapat menamat larian, semoga terus kekalkan mengamalkan gaya hidup sihat dan mempromosikan sukan kepada masyarakat. Selain itu, ucapan terima kasih kepada Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim kerana menyokong penuh program yang diadakan, terima kasih juga kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Majlis Belia Daerah Gerik, IPD Gerik, IPD Pengkalan Hulu, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Gerik, dan semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam penganjuran program ini. Tahniah dan syabas semua!..
Disediakan oleh: Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak