LUMUT, 19 DISEMBER 2020 (SABTU) – Kepimpinan Majlis Belia Daerah Manjung telah mengadakan Majlis Apresiasi VBelia Daerah Manjung bagi menzahirkan penghargaan kepada semua kepimpinan dan penggerak belia di daerah Manjung yang telahpun melangkau umur belia. Majlis ini telah dihadiri oleh bekas kepimpinan dan penggerak belia daripada Majlis Belia Daerah Manjung dan badan gabungannya yang telah banyak menyumbang khidmat bakti didalam pembangunan belia. Umur bukan penghalang. Walaupun bukan lagi berada didalam lingkungan umur belia, mereka tetap memanjangkan sokongan dan bakti bagi tujuan pembangunan belia. Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Manjung.
DISEDIAKAN OLEH: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG
- JBS Perak
- Hits: 430
