GERIK, 9 JANUARI 2021 - Edaran barangan keperluan asas serta pakaian yang telah disumbangkan oleh NGO-NGO, syarikat swasta dan individu kepada mangsa-mangsa banjir di Perah, Gerik.
Proses edaran ini turut dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan belia dari Gerik. Turut bersama dalam kerja-kerja kesukarelaan ini adalah En. Rizairi, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Hulu Perak dan juga En. Mohd Halifi, Penolong Pengarah, Rakan Muda JBS Perak.
Disediakan Oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Perak
SUNGKAI, 9 JANUARI 2021 - Satu lawatan pemantauan ke atas projek MyCorps 2.0 telah dilakukan bagi melihat sendiri status terkini projek penempatan MyCorps 2.0 di Sungkai, Perak.
Status terkini kemajuan projek adalah 80% dan ia dijangka siap pada awal Februari 2021.
Pihak Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih di atas pencapaian dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh sukarelawan MyCorps serta kakitangan Sek Keb Jernang, Sungkai dalam usaha menyiapkan projek tersebut.
Disediakan Oleh : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
IPOH, 8 JANUARI 2021 - Majlis Bacaan Yassin, Doa Selamat dan Perpisahan Pelajar Praktikal di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Majlis memohon doa agar semua dilindungi oleh Allah swt daripada wabak Covid-19 dan bencana banjir yang melanda negara dan negeri Perak. Semoga kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dijauhi daripada ujian ini inshaAllah. Majlis turut meraikan seramai lima (5) orang pelajar praktikal yang tamat latihan pada hari ini.
Di samping itu, semua pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak juga mengambil kesempatan untuk meraikan sambutan hari lahir kepada Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak. Semoga beliau sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt. Amin Ya Rab.
Disediakan Oleh : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak
Ipoh | 7 Januari - Mesyuarat Jawatankuasa Anugerah Tokoh dan NGO Belia & Sukan Bil 2 telah dipengerusikan oleh En. Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak.
Sebanyak 7 anugerah bagi kategori belia dan sukan akan dipertandingan khas untuk golongan yang memberi sumbangan kepada pembangunan belia dan sukan di Ipoh. Mesyuarat telah menyemak dan mengemukakan borang pencalonan kepada pihak MBI untuk proses pemilihan seterusnya.
Turut hadir wakil Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis Sukan Negeri Perak, Majlis Belia Negeri Perak danJabatan Pendidikan Negeri Perak
IPOH, 5 JANUARI 2021 - Majlis penyampaian sumbangan dari Syarikat Selinsing Maju Enterprise berupa barangan pembersihan rumah (penyapu / penolak air) bagi kegunaan sukarelawan dalam kerja-kerja mencuci rumah mangsa banjir.
Turut memberi sumbangan adalah Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan, JBS Perak. Sumbangan berupa sebuah mesin "water jet" yang akan digunakan juga dalam kerja-kerja mencuci rumah mangsa banjir.
Pengarah JBS Perak, Tn. Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pemberi sumbangan. Semoga apa yang telah dirancangkan dapat dilaksana sebaiknya.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kinta
IPOH, 3 JANUARI 2021 - MAJLIS MAKAN MALAM ESPORTS PERAK 2020 DAN PENYAMPAIAN HADIAH BAGI KEJOHANAN NORTHERN ESPORTS CHAMPIONSHIP 2020 YANG BERLANGSUNG PADA 2 DAN 3 JANUARI 2021 SERTA KEJOHANAN PERAK ESPORTS CHAMPIONSHIP 2020 YANG BERLANGSUNG PADA 31 DISEMBER 2020 HINGGA 1 JANUARI 2021.
MAJLIS YANG DIADAKAN DI M-ROOF HOTEL IPOH INI TELAH DISEMPURNAKAN OLEH YB ENCIK KHAIRUL SHAHRIL BIN MOHAMED PENGERUSI JAWATANKUASA BELIA, SUKAN, KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA NEGERI PERAK.
27 Disember | Ipoh - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kinta, En Tines Kumar a/l M Lingam hadir Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 19 Majlis Kebudayaan Negeri Perak. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan Negeri Perak.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kinta
LANGKAP, 09 JANUARI 2021 (Sabtu) – Menyedari keperluan mendesak bagi membantu mangsa bencana banjir di Daerah Hilir Perak, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk menggerakkan Sukarelawan Rakan Muda dengan dibantu oleh pertubuhan-pertubuhan belia, persatuan sukan dan pertubuhan bukan Kerajaan di daerah ini dan Bagan Datuk bagi Misi Pasca Banjir di kawasan Chikus, Langkap pada 9 Januari 2021.
Misi ini berjaya mengumpulkan seramai lebih lapan puluh (80) orang sukarelawan terdiri dari belia berumur 18-35 tahun dari Kelab Belia Generasi Pekan, Persatuan Ragbi Daerah Hilir Perak, Kelab Rakan Muda Hilir Perak, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hilir Perak, Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Teluk Intan dan Bagan Datuk serta individu/ penduduk sekitar kawasan Chikus, Langkap.
Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini turut melibatkan kerja-kerja pembersihan 15 buah rumah, SRA Rakyat Chikus serta Dewan Orang Ramai Chikus dan berakhir sekitar jam 1.30 petang.
Disamping itu, misi kali ini turut mendapat sumbangan berbentuk pakaian terpakai, makanan harian dan alatan pembersihan dari pelbagai pihak. Majlis Penyerahan Kit Bantuan Bencana JBS Negeri Perak disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Soufi bin Ibrahim, Pengarah JBS Perak kepada Penghulu Mukim Sg Manik, Encik Ainal bin Ghani mewakili penduduk Chikus yang terjejas sambil disaksikan YB Dato'Haji Haji Zainol Fadzi bin Paharudin, ADUN Sg. Manik.
Selain itu juga, kehadiran YM Raja Muda Perak, DYTM Tuanku Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa telah turut mencemar duli bagi mendengar taklimat berkenaan kawasan yang terjejas banjir yang telah disampaikan oleh YB ADUN Sg. Manik bertempat di Pejabat Penghulu Mukim.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hilir Perak